Pasukan nasyid STB cipta sejarah, bakal wakili Perlis di peringkat kebangsaan - Utusan Malaysia

Pasukan nasyid STB cipta sejarah, bakal wakili Perlis di peringkat kebangsaan

PASUKAN nasyid STB mencipta sejarah tersendiri apabila buat kali pertama berjaya mewakili Perlis ke pertandingan peringkat kebangsaan Mahrajan al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah di Gambang pada 29 September hingga 2 Oktober depan.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pasukan nasyid dari Sekolah Tengku Budriah (STB) mencipta sejarah tersendiri apabila buat kali pertama berjaya mewakili Perlis ke pertandingan peringkat kebangsaan Mahrajan al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah di Gambang pada 29 September hingga 2 Oktober depan.

Ia selepas pasukan nasyid STB itu berjaya menjuarai pertandingan nasyid Mahrajan Program Pembangunan Adab dan Nilai Sekolah-Sekolah Perlis dengan menewaskan 34 pasukan lain pada peringkat Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan kemudian ke peringkat negeri.

Di peringkat negeri pula, pasukan nasyid STB sekali lagi mencipta sensasi apabila muncul juara sekali gus melayakkan sekolah berkenaan mewakili Perlis ke peringkat kebangsaan.

Ketua Panitia Pendidikan Islam STB, ustazah Nor Huda Rosli berkata, pasukan nasyid berkenaan dianggotai lapan peserta dalam kalangan murid berusia 10 hingga 12 tahun.

Katanya, pasukan berkenaan dibimbing oleh ustaz Agus Maidi dan guru muzik STB, Saifulhayrul Noor Salleh.

“Alhamdulilah, pasukan nasyid ini berjaya mencipta sejarah buat STB kerana dapat mewakili Perlis ke pertandingan peringkat kebangsaan Mahrajan al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan selepas ini,” katanya.

Selain pasukan nasyid, STB juga mencipta kejayaan cemerlang apabila muridnya, Najmina Zahra Raz Roejhan,11, muncul juara bagi kategori daie cilik perempuan.

Najmina Zahra Raz Roejhan,11

Najmina Zahra menewaskan peserta-peserta lain yang mewakili sekolah-sekolah rendah negeri ini di peringkat Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan melayakkanya bertanding di peringkat negeri dalam kategori daie cilik perempuan peringkat sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kayang baru-baru ini.

“Najmina Zahra sekali lagi berjaya melepasi peringkat negeri dan melayakkan dia mewakili Perlis ke Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan di Pulau Pinang bulan Oktober depan.

“Najmina Zahra dibimbing oleh ustazah Siti Fatimah Abdullah. Harapan kita semoga anak-anak STB ini mendapat kejayaan di peringkat kebangsaan nanti,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya