Pasar Muafakat Sabah lengang

Pasar Muafakat Sabah lengang

PASAR Muafakat Sabah di Johor Bahru lengang tanpa pengunjung sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, beberapa tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pasar Muafakat Sabah di sini lengang tanpa kehadiran pengunjung walaupun pasca pandemik Covid-19 sudah berlalu menyebabkan banyak peniaga ‘gulung tikar’.

Sebanyak 12 lot perniagaan daripada keseluruhan 40 lot sedia ada didapati menghentikan operasi kerana masalah tunggakan sewa akibat ketiadaan keuntungan jualan.

Peniaga pakaian terpakai, Norhaidah Abdul Amin, 62, berkata, dia terpaksa menukar perniagaan setelah perniagaan asal iaitu menjual produk kraf tempatan tidak mendapat sambutan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya terpaksa ubah perniagaan ini sejak dua tahun lalu semasa pengunjung semakin kurang akibat pandemik Covid-19. Perniagaan tidak seperti dahulu, ada masa ada jualan tetapi ada masa pulang tangan kosong, tiada jualan langsung.

“Dahulu kita mula berniaga pukul 8 pagi hingga 10 malam, tetapi sekarang bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang sahaja,” katanya semalam.

Norhaidah berkata, majoriti peniaga di situ masih bertahan kerana sayangkan pasar berkenaan yang dipenuhi dengan budaya masyarakat Sabah.

Sementara itu, peniaga aksesori mutiara, Rehamna Kasuaggi, 52, berkata, majoriti daripada 28 peniaga yang masih bertahan sudah menukar jenis jualan mereka kepada produk runcit atau pakaian terpakai.

“Sebelum ini, pasar ini meriah dengan kehadiran pengunjung dari seluruh Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Melaka. Ada juga datang daripada Singapura untuk mencari produk tempatan Sabah termasuk perhiasan mutiara.

“Semasa pandemik, memang pasar ini ditutup sementara. Tetapi selepas dibuka, kawasan ini semakin sunyi, mungkin ramai orang fikir pasar ini ditutup buat selama-lamanya.

‘Sebelum pandemik Covid-19, saya mampu mendapat hasil jualan sebanyak RM2,000 pada hujung minggu, manakala hari-hari biasa sekitar RM800 seminggu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×