Murid Tahun 3 perlu RM17,800 beli kaki palsu

Murid Tahun 3 perlu RM17,800 beli kaki palsu

SHUHAILA Norasmira Mohd. Shukri menunjukkan kaki palsu anaknya, Nor Dhia Dhalieya Mohamad Nor yang rosak ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Merah, Paka, Dungun, semalam. – UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang murid pe­rempuan Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Paka II, dekat sini, memerlukan sumbangan orang ramai bagi menampung kos pembelian kaki palsu baharu berjumlah RM17,800 untuk memudahkan pergerakannya.

Ibunya, Shuhaila Norasmira Mohd. Shukri, 33, berkata, kaki kiri anaknya, Nor Dhia Dhalieya Mohamad Nor, 9, terpaksa dipotong ketika berusia tiga bulan selepas mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2014.

Menurutnya, kaki palsu yang kini digunakan anak sulung daripada tiga adik beradik itu rosak sejak setahun lalu dan tidak bersesuaian dengan berat serta fizikal anaknya.

“Kaki palsu yang dipakai anak saya kini telah rosak di bahagian tapak, lutut dan paha menyebabkan anak saya sering mengadu sakit dan kadangkala terjatuh,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kampung Bukit Merah, Paka, di sini, semalam.

Sementara itu, Nor Dhia Dhalieya berkata, dia perlu berjalan lebih berhati-hati terutamanya di sekolah kerana bimbang terjatuh.

“Sebelum ini saya dapat berjalan elok, sejak tahun lepas saya rasa kurang selesa apabila berjalan sebab bahagian lutut kaki palsu dah terlalu longgar. Kadang-kadang saya tak boleh imbang badan,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Nor Dhia Dhalieya boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank ibunya, Shuhaila Norasmira iaitu 163082317078 atau menghubungi nombor 019-9118395. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN