NABAWAN: Kira-kira 500 penduduk dari lapan kampung yang terputus hubungan luar akibat kejadian tanah runtuh pada awal bulan ini, akhirnya boleh menarik nafas lega apabila bantuan makanan disalurkan ke kampung mereka. Lapan kampung yang terjejas akibat tanah runtuh pada 5 September lalu ialah Kampung Kabu, Kampung Saliliran, Kampung Siatu, Kampung Simohong, Kampung Karampalon, Kampung Babayasing, Kampung Dobolon dan Kampung Sibangali. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Abdul Razak Muda berkata, misi bantuan kemanusiaan Salinatan-Pensiangan kali ini membabitkan lima kali penerbangan bagi menghantar barang makanan keperluan asas ke kampung-kampung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya