PETALING JAYA: Malaysia mengulangi komitmen untuk menyelesaikan pertikaian Laut China Selatan secara aman mengikut undang-undang antarabangsa termasuk Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian itu sewaktu Sidang Kemuncak Asia Timur ke-18 bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, Indonesia semalam. Dalam sidang sama, Anwar menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengelakkan kegalauan (kekalutan) dan diskriminasi dalam menangani konflik dan penderitaan manusia di Palestin. “Dalam ucapan, saya turut…










