Majikan dera pembantu rumah warga Indonesia didakwa esok - Utusan Malaysia

Majikan dera pembantu rumah warga Indonesia didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majikan yang mendera dan merogol pembantu rumah warga Indonesia di Kepong akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, esok.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, polis telah melengkapkan kertas siasatan membabitkan majikan mangsa.

“Kita juga mendapat arahan untuk menuduh suspek esok,” katanya ringkas di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan wajah sugul pembantu rumah warga Indonesia berdiri di pintu jeriji sebuah unit kondominium di Kepong telah membongkar kesengsaraan dirinya apabila mendakwa menjadi mangsa pukul dan rogol oleh majikannya.

Dalam kejadian 3 petang pada 22 September lalu, kejadian wanita berusia 29 tahun itu dilihat berada di pintu rumah selama 15 minit sambil memerhatikan pekerja sebuah syarikat logistik memindah masuk barang di rumah jirannya.

Mangsa kemudian meminta pertolongan kepada pekerja terbabit bagi mendapatkan pertolongan sebelum menghubungi pihak polis mendakwa dia didera selain dirogol oleh majikannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN