Mahasiswa Unimap sentiasa dilatih berdaya saing - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Mahasiswa Unimap sentiasa dilatih berdaya saing – Raja Muda Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan majlis pemeteraian penyambungan kerjasama antara Unimap dan Karabuk University di Hotel Radisson Blu Pera, Istanbul, Turkiye semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (Unimap) sentiasa dilatih untuk berdaya saing dalam bidang pengkhususan masing-masing dan mesti memiliki keyakinan menerokai peluang keusahawanan apabila bergraduat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, mereka juga seharusnya berkemampuan untuk menunjukkan kemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat serta Komunikasi (ICT) dan juga ciri-ciri profesionalisme serta patriotisme yang tidak berbelah bahagi selain cemerlang dalam bidang pengajian masing-masing.

Titah baginda yang juga Canselor Unimap, kebanyakan kursus kejuruteraan di Unimap adalah berteraskan elektronik.

“Namun kursus-kursus kejuruteraan yang berlatarbelakangkan pengkhususan yang lain juga boleh didapati di Unimap,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyaksikan majlis pemeteraian penyambungan kerjasama antara Unimap dan Karabuk University di Hotel Radisson Blu Pera, Istanbul, Turkiye, semalam.

Prof. Dr. Fatih Kırışık selaku rektor menandatangani bagi pihak Karabuk University manakala Naib Canselor, Prof Dr. Zaliman Sauli mewakili Unimap.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro-Canselor Unimap dan anakanda baginda berdua, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadir, Timbalan Rektor Karabuk University, Prof. Dr. İsmail Rakıp Karaş dan Pengarah Hubungan Antarabangsanya, Dr. Oya Cepni Onalan.

Karabük University ialah sebuah universiti awam yang ditubuhkan dalam tahun 2007 dan sudah pun tersenarai dalam 801-1000 ranking universiti terbaik di dunia oleh Times Higher Education (THE) untuk 2020 dan 801-1000 bagi 2021.

Tempoh memorandum persefahaman sedia ada yang ditandatangani terdahulu antara kedua-dua buah universiti ini ialah bermula pada 1 Oktober 2018 dan akan tamat pada penghujung bulan ini iaitu 30 September 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya