Macau, China mahu kembali ke Festival Layang-layang Gergasi

Macau, China mahu kembali ke Festival Layang-layang Gergasi Melaka

PASUKAN Layang-layang Beijing, China menyertai Festival Layang-layang Gergasi Melaka 2023 di Limbongan, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pasukan Layang-layang Beijing, China akan membawa lebih banyak layang-layang gergasi tradisi negara itu sempena Festival Layang-layang Gergasi Melaka yang bakal diadakan sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Ketuanya, Chuo Liew Biao, 39, berkata, pasukannya telah bersetuju menyertai festival itu tahun depan dan akan membawa lebih daripada 20 pelayang bagi memeriahkan festival berkenaan.

Menurutnya, penyertaan pada Festival Layang-layang Gergasi Melaka 2023 di Limbongan di sini tidak dapat mempamerkan pelbagai layang-layang kerana ia hanya diadakan selama dua hari.

“Saya dimaklumkan festival tahun depan akan berlangsung selama tiga hari dua malam dan lokasi yang besar akan dipilih. Kali ini kami akan bawakan lebih banyak layang-layang tradisional masyarakat China dalam pelbagai bentuk.

“Paling istimewa kami akan sediakan layang-layang gergasi bercahaya yang pastinya akan menggegar ruang udara di Melaka pada waktu malam,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas Majlis Perasmian Festival Layang-layang Gergasi Melaka 2023 disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Pasukan Layang-layang Macau, Ho Maa, 70, berkata, pihaknya turut menyatakan minat jika dijemput menyertai festival itu sempena TMM 2024.

“Jika pada festival ini kami hadir dengan lima orang, namun pada tahun depan seramai 10 ahli persatuan dijangka hadir serta mahu mempamerkan pelbagai reka bentuk layang-layang gergasi.

“Saya lihat festival layang-layang di Melaka dapat sambutan yang baik daripada orang ramai dan kami gembira untuk menyertai festival ini dengan kapasiti lebih banyak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya