Lelaki rugi RM3 juta dalam jual beli saham

Lelaki rugi RM3 juta dalam jual beli saham

myairline
RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah eksekutif sebuah syarikat mendakwa kerugian RM3 juta selepas ditipu dalam urusan jual beli saham syarikat awam dengan lelaki dikenalinya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki tersebut telah memasuki satu perjanjian pembelian saham bersyarat dengan seorang lelaki untuk mengambil alih 25 peratus pegangan ekuiti atau 1,250 saham biasa sebuah syarikat yang beralamat di Bandar Sri Damansara di sini dengan nilai RM5.5 juta pada 27 Jun lalu.

Beliau berkata, susulan itu, mangsa membuat pembayaran deposit berjumlah RM3 juta secara dalam talian ke akaun bank milik peguam.

“Bagaimanapun pada 24 Julai lalu, syarikat mangsa menerima surat daripada satu lagi syarikat lain yang mendakwa suspek tidak mempunyai kuasa untuk menjual saham syarikat di Bandar Sri Damansara itu kerana syarikat tersebut sudah membeli saham daripada suspek pada 7 Februari lalu.

“Hasil semakan mangsa dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga mendapati kesemua saham syarikat itu sudah dipindah milik kepada syarikat lain pada 6 Julai lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ramli berkata, mangsa berasa suspek memperdayakannya dengan menjual saham syarikat yang sudah bukan miliknya lagi.

“Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan polis pada Isnin lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya