Keuntungan sudah tinggi, bank patut kecualikan caj

Keuntungan sudah tinggi, bank patut kecualikan caj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institusi perbankan sepatutnya meneruskan pengecualian caj kadar diskaun pedagang atau merchant discount rate (MDR) kerana keuntungan institusi berkenaan sudah sangat tinggi. 

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, pengecualian itu juga adalah seiring dengan usaha digitalisasi kerajaan.

“Mereka sepatutnya teruskan penepian bagi pengguna DuitNow QR yang kebanyakannya adalah dari peniaga kecil yang akan menerima bayaran tunai sekiranya mereka tidak mengguna DuitNow QR.

“Jadi, bank juga akan menerima manfaat dari pengurangan kos pengendalian wang tunai sekiranya peniaga lebih mengguna kaedah DuitNow QR berbanding wang tunai,” katanya dalam hantaran di media sosial. 

Terdahulu, Pengendali DuitNow QR, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengesahkan akan mengenakan caj transaksi kepada pengguna berkuat kuasa 1 November depan. 

Dalam satu kenyataan, PayNet memberitahu, caj tersebut bukan perkara baharu, namun ia dikecualikan semasa aplikasi DuitNow QR diperkenalkan pada 2019 sebelum dilanjutkan berikutan penularan wabak Covid-19 serta pengecualian itu sepatutnya tamat sembilan bulan lalu. 

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, PayNet dan bank perlu terus ditekan sehingga mereka memberikan pengecualian caj MDR secara berkekalan. 

Beliau berkata, jika pihak media, wakil rakyat dan peniaga tidak memprotes isu itu, beliau yakin caj MDR akan dikenakan mulai 1 November tanpa pertimbangan langsung. 

Katanya, ia berikutan beberapa bank sudah bersetuju memberi pengecualian MDR sama ada dalam tempoh dua bulan atau sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti. 

“Tahniah kepada mereka yang bersuara. Berbaloi. Sudah pasti pihak PayNet atau bank-bank akan memberi penepian MDR ke atas peniaga untuk pembayaran QR DuitNow atas desakan pemegang taruh. 

“Marilah kita meneruskan perjuangan sehingga penepian MDR secara berkekalan,” katanya.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya