KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan menyelesaikan isu caj kemasukan ke Pulau Kapas yang dikatakan membebankan pelancong dalam masa terdekat. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, pihaknya telah berjumpa dengan pemegang taruh di Majlis Daerah Marang dan perbincangan tersebut berlangsung secara harmoni. “Saya ambil maklum soal harga tiket bot dan pembayaran fi yang dicajkan serta setiap jalan penyelesaian akan dipermudahkan agar pengunjung tidak…










