Perjumpaan khas teliti isu Dara, Amoi dan Kelat minggu depan - Utusan Malaysia

Perjumpaan khas teliti isu Dara, Amoi dan Kelat minggu depan

SANDREA NG SHY CHING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Satu perjumpaan akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu melibatkan tiga ekor gajah Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK) yang kini ditempatkan di Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, pertemuan yang dijadual berlangsung pada awal minggu hadapan itu akan membabitkan pihak berkepentingan dan pemimpin tertinggi negara.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung isu pemindahan DAK.

“Saya juga mengambil maklum keprihatinan semua pihak terhadap isu ini dan kerajaan negeri sentiasa komited terhadap isu kebajikan haiwan.

“Pada masa ini, satu perjumpaan telah diaturkan pada awal minggu hadapan bagi meneliti perkara ini secara lebih menyeluruh,” katanya di sini hari ini.

Menurut Sandrea Ng, satu kenyataan yang lebih lengkap dan menyeluruh akan dikeluarkan selepas sesi perbincangan tersebut berlangsung.

“Terima kasih kepada semua pihak atas perhatian dan kefahaman yang diberikan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, tiga ekor gajah Malaysia iaitu Amoi berusia sembilan tahun, Dara (14) dan Kelat (20) dipindahkan ke Zoo Tennoji pada 10 Mac lalu.

Pemindahan tiga ekor gajah ke negara berkenaan merupakan sebahagian daripada Program Konservasi Gajah Malaysia bertujuan untuk pembiakan dan penyelidikan.

Bagaimanapun, keadaan itu menimbulkan kebimbangan orang ramai yang rata-ratanya mempersoalkan aspek keselamatan, kebajikan dan kesesuaian haiwan itu menyesuaikan diri dengan cuaca serta persekitaran baharu di negara berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN