Kerajaan didesak segera laksana pemisahan kuasa peguam negara, pendakwa raya

Kerajaan didesak segera laksana pemisahan kuasa peguam negara, pendakwa raya

MUDA bersama PSM menyerahkan surat bantahan kepada Jabatan Peguam Negara di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) terus mendesak supaya kerajaan segera melaksanakan pengasingan kuasa di antara Peguam Negara dan pendakwa raya.

Setiausaha Agung MUDA, Amir Abdul Hadi berkata, suatu garis masa yang jelas harus diberikan bagi meminimumkan sebarang percanggahan kepentingan.

“Kita gesa segera untuk pemisahan (kuasa) di antara Peguam Negara dan pendakwa raya dilakukan supaya tidak ada konflik berkepentingan, perlu ada garis masa bukan hanya sebut akan buat, sedangkan tak tahu pun bila akan buat.

“(Jika) perlu pindaan Perlembagaan, MUDA akan mengundi sebagai sokong untuk memisahkan kedua-dua kuasa itu,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil pejabat Jabatan Peguam Negara di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Amir berkata, kedua-dua parti berkenaan turut mendesak supaya Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan penuh berhubung keputusan menghentikan prosiding ke atas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen.

Tegasnya, Ahmad Zahid juga harus didakwa semula oleh pihak pendakwa raya dan kes tersebut perlu berjalan sehingga suatu penjelasan konkrit daripada mahkamah dicapai.

“Kita minta supaya Zahid didakwa segera, seperti kes Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebelum ini yang pernah diberikan DNAA (dilepas tanpa dibebaskan) tetapi kemudian didakwa semula.

“Zahid adalah Timbalan Perdana Menteri, Jabatan Peguam Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri, kita lihat ada konflik kepentingan, jadi untuk memastikan ketelusan beliau perlu meletak jawatan,” ujarnya.

Menurut Amir, MUDA dan PSM mahu kesemua tuntutan berkenaan dilaksanakan sebelum 18 September ini dan sekiranya tiada sebarang maklum balas yang memadai, tidak mustahil mereka akan melaksanakan tunjuk perasaan sebagai menggambarkan suara kekecewaan rakyat.

Jelas Amir, mereka turut merancang untuk menghantar memorandum ke Parlimen pada Khamis ini bagi tujuan sama.

Pada 4 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya