Keputusan terhadap Ahmad Zahid selepas lalui proses wajar, sama

Keputusan terhadap Ahmad Zahid selepas lalui proses wajar, sama seperti Muhyiddin

SAIFUDDIN Nasution Ismail dalam sidang akhbar selepas merasmikan Baitul Mahabbah, Jabatan Imigresen Malaysia di Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN:  Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan termasuk rasuah sebagai proses yang sewajarnya.

Jelas beliau, ia sama keadaannya ketika mahkamah yang sama beberapa minggu yang lalu turut melepaskan dan membebaskan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pertuduhan menerima rasuah.

Keputusan dibuat oleh mahkamah, due process seperti beberapa minggu lepas mahkamah juga membebaskan Presiden Bersatu, (Tan Sri) Muhyiddin, hari ini, mahkamah juga buat keputusan yang sama dan itulah keputusan mahkamah,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan Baitul Mahabbah, Jabatan Imigresen Malaysia di Nilai di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Sementara itu, Saifuddin menjelaskan, beliau tidak mahu membuat lebih andaian berhubung keputusan mahkamah tersebut termasuk impaknya pada keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang sedang berlangsung ketika ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak perkara itu akan dimainkan oleh parti lawan sepanjang kempen PRK kali ini.

“Saya tidak mahu membuat andaian lebih daripada itu, jauh daripada mahu menjangkakan kesan keputusan mahkamah kepada keputusan pilihan raya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN