Kemenangan Ahmad Zahid 'bakar' semangat UMNO Kelantan lawan fitnah

Kemenangan Ahmad Zahid ‘bakar’ semangat UMNO Kelantan lawan fitnah

AHMAD Zahid Hamidi yang dilepas dan dibebaskan boleh didakwa semula.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: UMNO Kelantan menyifatkan ‘kemenangan’ Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bebas dari 47 pertuduhan kes rasuah sebagai pembakar semangat untuk pihaknya terus melawan fitnah yang dilemparkan oleh pihak musuh.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, keputusan itu turut menunjukkan kebenaran akan sentiasa mengatasi kebatilan.

“Keputusan hari ini jelas membongkarkan agenda jahat daripada puak tertentu sebelum ini yang sengaja mengada-adakan pertuduhan politik ke atas pimpinan UMNO.

“UMNO Kelantan berharap agar institusi kehakiman menjadi benteng kepada sistem keadilan negara di bawah Kerajaan Perpaduan ini bebas daripada segala pendakwaan politik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selepas 77 hari dibicarakan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) agar prosiding perbicaraan diberhentikan bagi kesemua pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya