Kembara Kenali Borneo di Pekan Nabalu

Kembara Kenali Borneo di Pekan Nabalu

TUNKU Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyertai persembahan tarian Sumazau di Pekan Nabalu hari ini-SUMBER FB ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Persembahan muzik tradisional kaum Dusun yang menyambut ketibaan Kembara Kenali Borneo di Pekan Nabalu, Kota Belud membuatkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah teruja sehingga menari tarian Sumazau.

Kemesraan Raja Permaisuri Agong itu disenangi oleh penduduk setempat yang hadir di lokasi pertama pada hari keempat kembara berkenaan.

Kunjungan Tunku Azizah itu juga menggembirakan peniaga dan pengunjung di pekan yang berlatarbelakang Gunung Kinabalu tersebut.

Penduduk setempat tidak melepaskan peluang bersalaman dan merakamkan gambar kenangan dengan Tunku Azizah.

Raja Permaisuri Agong bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Sabah pada 3 September lalu bagi jelajah Kembara Kenali Borneo yang berlangsung di Sabah sehingga esok.

Pada sebelah petang, kenderaan dipandu Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong memasuki pusat bandaraya kira-kira pukul 3 petang tadi disambut oleh ratusan orang ramai yang menunggu di sepanjang bahu jalan.

Seri Paduka turut merasmikan bangunan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah di Likas pada pukul 4.45 petang manakala, Raja Permaisuri Agong pula melawat Penjara Kota Kinabalu.

Malam ini, Baginda berdua akan menghadiri majlis santapan malam bersama kerajaan negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, sebelum meneruskan program santapan bersama rakyat pada pagi esok di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Penampang.

Selepas program di Penampang, Kembara Kenali Borneo yang disertai 25 kenderaan itu akan meneruskan perjalanan ke Sipitang.

Program Kembara Kenali Borneo itu membabitkan perjalanan sepanjang 2,149 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam bermula 3 hingga 13 September.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya