MIRI: Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam Kembara Kenali Borneo tiba di Miri tepat pada jam 12:12 tengah hari tadi.
Rombongan Baginda di teruskan di Sarawak melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujuh, di sini.
Terdahulu rombongan telah berangkat dari Brunei Darussalam selepas menyambung pengembaraan Kembara Kenali Borneo dari Lawas, Sarawak.
Di Miri, rombongan dijangka meneruskan perjalanan dengan memulakan kunjungan pertama di Pusat Kraftangan Miri dan kemudiannya ke Coco Cabana Miri, Kampung Pangkalan Lutong, dan Pantai Bungai di Bekenu.
Seusai di Miri, rombongan dijangka akan meneruskan perjalanan ke Bintulu untuk melakukan lawatan keesokkan hari (Ahad) di beberapa tempat iaitu di Kampung Penan Muslim Batu 10, Rumah Panjang Raymond Plen, Sg Gelam, Sebauh, dan Masjid Darul Ibadah di Tatau. –UTUSAN










