Keganasan rumah tangga: Isteri tertinggi, suami turut jadi mangsa - Utusan Malaysia

Keganasan rumah tangga: Isteri tertinggi, suami turut jadi mangsa

Keganasan rumah tangga
HUSSEIN Omar Khan berucap pada Perasmian Penutupan Seminar Memerangi Keganasan Rumah Tangga 2023 Polis Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Golongan suami juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa keganasan rumah tangga apabila 121 daripada 813 kes di negeri ini dalam tempoh Januari hingga Ogos lalu dilapor melibatkan kumpulan itu.

Bagaimanapun, golongan wanita adalah yang tertinggi iaitu 352 kes dalam tempoh sama diikuti dengan keganasan melibatkan adik beradik iaitu 177 kes.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata kes paling tinggi berkaitan keganasan rumah tangga adalah insiden yang mendatangkan kecederaan iaitu 593 kes diikuti dengan 153 kes ugutan dan 49 kes khianat.

“Selain itu terdapat juga kes serupa melibatkan bekas suami, bekas isteri, madu, ipar, menantu dan sepupu.

“Masyarakat kita menganggap masalah keganasan rumah tangga sebagai masalah keluarga atau peribadi semata-mata, namun pada Ogos hingga September lalu, kita dikejutkan dengan tiga kes sehingga menyebabkan kematian di Serdang, Kajang dan Petaling Jaya,” katanya pada Perasmian Penutupan Seminar Memerangi Keganasan Rumah Tangga 2023 Polis Selangor, hari ini.

Jelasnya, kes baru-baru ini yang pertama melibatkan seorang kanak-kanak didera oleh ibu dan teman lelaki ibunya sehingga mati, kedua pula mangsa didera suami sehingga meninggal dunia.

“Kes ketiga adalah seorang anak membunuh bapanya. Justeru kita haru mengubah tanggapan ‘tidak menjaga tepi kain orang’ memandangkan jenayah sedemikian boleh mendatangkan mudarat sehingga menyebabkan kematian jika dibiarkan berlarutan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Hussein turut memaklumkan trend jenayah domestik itu di negeri ini meningkat sejak 2017 sehingga 2021, bagaimanapun jenayah tersebut menurun sebanyak 466 kes.

“Selain itu, daerah yang mencatatkan kes tertinggi bagi tempoh Januari hingga Ogos 2023 adalah Gombak (147 kes), Kajang (91 kes) dan Petaling Jaya (79 kes). 

“Manakala daerah (Ibu pejabat Polis Daerah) yang mencatatkan kes terendah adalah Shah Alam (21 kes), Sabak Bernam (25 kes) dan Sungai Buloh (26 kes),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya