JPJ terlibat sedia laporan audit kemalangan 14 kenderaan

JPJ terlibat sedia laporan audit kemalangan 14 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Laporan audit pemeriksaan keselamatan jalan raya dalam siasatan kemalangan maut membabitkan 14 kenderaan di Putrajaya, Rabu lalu akan disiapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli mengesahkan bahawa pihaknya terlibat dalam jawatankuasa penyiasatan insiden kemalangan itu.

“Ya kita (JPJ) terlibat, kita ada laporan pemeriksaan audit keselamatan jalan raya yang mana kita telah menyediakan laporan tersebut dan laporan itu kini sedang dimurnikan.

“Isnin depan, kita akan menyerahkan laporan lengkap yang siap sepenuhnya itu kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam sidang media Operasi Bersepadu JPJ di ibu negara.

Mengulas lanjut, kata beliau, JPJ juga menerima arahan Menteri Pengangkutan untuk melaksanakan siasatan mendalam dan telus mengenai nahas jalan raya itu.

“Kita baru sahaja menerima laporan mengenai kemalangan maut itu daripada PDRM semalam.

“Jadi selepas terima laporan siasatan polis itu, kita buat siasatan dan akan menyerahkan laporan penuh itu nanti kepada APAD pada Isnin minggu depan untuk tindakan dan arahan lanjut,” ujarnya.

Katanya, antara tugas penting yang dikendalikan pasukan penyiasat JPJ adalah meneliti sama ada lori berkenaan membawa muatan lebih dan bukan sekadar melihat kawasan kemalangan di lapangan.

“Kita bukan sekadar melihat di lapangan (lokasi nahas) tetapi kita akan siasat sehingga ke tempat lori itu mengambil bahan-bahan untuk dimuat naik dalam lori sebelum bergerak.

“Pasukan penyiasat JPJ kita sudah pergi ke tempat lori itu bermula mengambil bahan dan bukan setakat siasat di kawasan kemalangan sahaja,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN