Jawi terima empat aduan qazaf terhadap PM - Mohd. Na’im

Jawi terima empat aduan qazaf terhadap PM – Mohd. Na’im

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan meneruskan siasatan berhubung aduan qazaf terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, setakat ini pihak Jawi menerima empat aduan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin dan pendakwah bebas, Ahmad Dusuki Abd. Rani berhubung isu berkenaan.

Katanya, antara yang membuat laporan berhubung perkara berkenaan adalah daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

“Pertama melibatkan isu Radzi Jidin terhadap Perdana Menteri ketika dalam Parlimen.

“Kedua, petang tadi Ikram dan ABIM ada buat aduan terhadap hantaran yang dinisbahkan kepada Ustaz Dusuki yang ada menyebut perkataan peliwat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat bersama Pelajar Baharu Tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, pihak pendakwaan akan memutuskan kes berhubung pendakwaan terhadap Radzi atas perbuatannya di Parlimen baru-baru ini.

“Semasa siasatan, semua pihak saksi akan dipanggil oleh penguatkuasa agama dan kemudian laporan akan disediakan.

“Dari situ boleh ditentukan sama ada diteruskan pendakwaan atau tidak, itu akan ditentukan berdasarkan laporan siasatan yang dikemukakan nanti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya