Isu perundangan syariah: Pinda Perlembagaan, beri kuasa lebih

Isu perundangan syariah: Pinda Perlembagaan, beri kuasa lebih kepada negeri

SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa meminda Perlembagaan Persekutuan khususnya peruntukan undang-undang bagi memberi kuasa lebih luas kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal perundangan berkaitan kesalahan jenayah syariah.

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dalam satu kenyataan berkata, gesaan itu hadir susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan keprihatinan terhadap tekanan diberikan terhadap sistem perundangan syariah dalam negara ketika ini.

Menurutnya, kekhuatiran baginda adalah terhadap kes mahkamah yang mencabar kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam di bawah enakmen negeri serta bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Oleh itu, bagi tuanku, penyelesaian hanya boleh dibuat melalui tindakan legislatif dengan membuat pindaan tertentu kepada peruntukan undang-undang yang berkaitan bagi membolehkan kuasa yang lebih luas kepada DUN dalam menggubal peruntukan berkenaan dengan kesalahan jenayah syariah bagi orang Islam. 

“Kami badan bukan kerajaan (NGO) mendukung titah tuanku dan menyeru semua wakil-wakil rakyat meminda Perlembagaan dengan segera yang mungkin sebelum peruntukan jenayah syariah lain dicabar dan dibatalkan kelak,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh 11 NGO iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Perundingan Melayu (MPM), Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Allied Coordinating Council of Islamic NGOs (ACCIN), Mampir Malaysia, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Kata kenyataan itu lagi, pihaknya turut menggesa kerajaan untuk segera menubuhkan jawatan kuasa khas bagi menyelesaikan kemelut tekanan ke atas bidang kuasa DUN dalam menggubal peruntukan berkaitan dengan kesalahan jenayah syariah bagi orang Islam.

“Pihak kami menaruh keyakinan, Perdana Menteri bersama Kerajaan Madani berikutan Tuanku Sultan Selangor untuk menyelesaikan polemik dan tekanan-tekanan ke atas isu kepentingan syariah di dalam negara dalam tempoh yang terdekat,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya