IPU di Putrajaya semakin teruk menjelang lewat petang

IPU di Putrajaya semakin teruk menjelang lewat petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Situasi jerebu di Lembah Klang semakin buruk, malah Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi Putrajaya pada pukul 5 petang ini mencatatkan kadar tertinggi iaitu 113.

Jurucakap Jabatan Alam Sekitar (JAS) ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan mengenai isu itu serta menyatakan ia juga tinggi berbanding kadar 111 pada pukul 4 petang dan 107 pada 3 petang tadi.

Sebelum itu, ujarnya, IPU di Pusat Pentadbiran Kerajaan ini merekodkan trend naik selepas subuh iaitu 92 pada pukul 8 pagi sebelum bertambah kepada 93 (9 pagi), 94 (10 pagi) dan 95 (11 pagi).

“Walau bagaimanapun situasi berubah lebih tinggi selepas itu dengan sudah mencatatkan 97 pada pukul 12 tengah hari disusuli 99 (1 tengah hari) dan 100 (2 petang).” jelasnya.

Kadar IPU tersebut tambah beliau, bahkan bertukar daripada kod sederhana kepada tidak sihat pada pukul 3 petang dengan bacaan 107 serta diikuti 111 selang sejam kemudian.

Setakat 5 petang, Putrajaya katanya, termasuk antara 10 stesen JAS bagi pencerapan indeks berkenaan yang melepasi kadar 101 iaitu udara tidak sihat di seluruh negara.

Turut terlibat Cheras, Kuala Lumpur dengan IPU tertinggi 155, diikuti empat di Selangor iaitu Kuala Selangor (154), Petaling Jaya (154), Johan Setia (151) dan Shah Alam (147).

Begitu juga stesen Batu Muda, Kuala Lumpur dengan bacaan 151, selain Nilai, Negeri Sembilan (141) dan dua lokadi pencerapan di Perak, iaitu Taiping (140) dan Tasek (111).

Hanya dua stesen yang masih lagi merekodkan bacaan IPU sebagai sihat di bawah 51 pada sebelah petang iaitu Kimanis, Sabah dengan 25 dan Sibu, Sarawak dengan 43.

“Baki sejumlah 56 stesen lagi di negara ini masih berada dalam tahap sederhana iaitu antara 51 sehingga 100 manakala tiada lokasi yang bacaan amat tidak sihat,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya