Hanya dengan pisahkan Peguam Negara, Pendakwa Raya buktikan semangat reformasi Kerajaan Perpaduan masih membara

Hanya dengan pisahkan Peguam Negara, Pendakwa Raya buktikan semangat reformasi Kerajaan Perpaduan masih membara – Guan Eng 

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menuntut Kerajaan Perpaduan menyempurnakan pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dalam tempoh setahun akan datang kerana hanya langkah itu dapat meyakinkan rakyat bahawa semangat reformasi dalam kerajaan masih membara. 

Sehubungan itu, beliau menuntut Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan lanjut berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah. 

Pengerusi DAP itu berkata, penjelasan lanjut daripada Peguam Negara dapat meyakinkan rakyat kerana kerajaan perlu mengakui banyak pihak termasuk Majlis Peguam tidak berpuas hati terhadap keputusan itu.

“Hanya dengan langkah ini barulah saya percaya dapat meyakinkan rakyat bahawa semangat reformasi yang ada dalam Kerajaan Perpaduan masih membara lagi dan bukan seperti yang dilaungkan oleh pihak tertentu,” katanya semasa perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini. 

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin bagaimanapun dalam celahan mempersoal jika Guan Eng menjangka berlaku pertukaran Peguam Negara, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) seperti yang disebut Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Mohamad Sabu, sebelum ini. 

Radzi: Berkaitan apa yang disebut tentang DNAA, Yang Berhormat (YB) Kota Raja (Mohamad Sabu) menyebut sebelum PRU15 bahawa jika Barisan Nasional (BN) menang, maka Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan ditukar. Apakah perkara ini telah dijangka oleh YB sebelum PRU15? 

Guan Eng: Saya tidak faham mengapa YB Putrajaya bising. Peguam Negara tidak ditukar, Peguam Negara yang dilantik oleh kerajaan lepas dikekalkan juga oleh Kerajaan Perpaduan. Jangan ada dua darjat (double standard) di sini.

Radzi: Saya tanya adakah YB jangka perkara ini? 

Guan Eng: Saya tidak benarkan. Duduk dahulu. Apabila kita kekalkan lantikan oleh kerajaan yang lama, mengapa tak bising? Hanya bising apabila tidak berpihak kepada anda. Jadi, janganlah berpolitik di sini. Tidak guna kerana ini tidak akan membawa kebaikan kepada negara. – UTUSAN

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.