Felcra: PAC juga akan siasat Bung Moktar, Tajuddin 

Felcra: PAC akan siasat Bung Moktar, Tajuddin 

BUNG Moktar Radin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menyiasat dua pemimpin yang merupakan bekas pengerusi syarikat Felcra Bhd. dalam prosiding berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) pada Isnin depan. 

Pemimpin berkenaan iaitu Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.  

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kedua-dua mereka perlu memberi menjelaskan berhubung isu Felcra Bhd. yang dilaporkan dalam LKAN 2021 Siri 2: Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan.

“PAC sudah menjalankan tiga prosiding berhubung Felcra Bhd. iaitu pada 27 Jun, 6 Julai dan 23 Ogos lalu,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini. 

Pada 27 Jun lalu, PAC memanggil ketua Setiausaha (KSU) Perbendaharaan, KSU Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Bhd. bagi menjawab isu kedudukan kewangan syarikat berkaitan kerajaan itu yang tidak dapat dirumuskan susulan penyata kewangan beraudit 2019, 2020 dan 2021 belum dimuktamadkan. 

Semakan audit Jabatan Audit mendapati Felcra mempunyai tunggakan hutang yang tidak mampu dibayar berjumlah RM312.22 juta pada tahun 2021 berbanding RM82 juta pada tahun 2020.

LKAN 2021 Siri 2 juga menyatakan, berdasarkan surat pengesahan baki dan tunggakan pinjaman Kerajaan Persekutuan bertarikh 10 Januari 2022 daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia, baki pinjaman Felcra dengan Kerajaan Persekutuan setakat 31 Disember 2021 ialah RM3.67 bilion.

Baki pinjaman itu sebanyak 69 peratus daripada keseluruhan liabiliti Felcra berjumlah RM5.32 bilion. 

Berdasarkan maklum balas Felcra, kerajaan melalui keputusan Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022 meluluskan sebahagian baki pinjaman berjumlah RM969.27 juta ditukarkan kepada ekuiti dalam Felcra.

LKAN menjelaskan satu daripada enam indikator perspektif petunjuk prestasi utama (KPI) Felcra tidak mencapai sasaran pada tahun 2021 iaitu indikator pengurangan kos dalam kos pentadbiran. 

Ia disebabkan tambahan perbelanjaan bagi Program Tanggungjawab Sosial Korporat Rakyat berjumlah RM10 juta yang tidak dibajetkan pada awal tahun. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya