DUN ucap tahniah kejayaan Perak FC ke separuh akhir Piala Malaysia - Utusan Malaysia

DUN ucap tahniah kejayaan Perak FC ke separuh akhir Piala Malaysia

KHAIRUDIN Abu Hanipah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kejayaan pasukan Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2023 semalam mendapat ucapan tahniah dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Ucapan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah sebelum beliau menjawab soalan dalam sesi Dewan Negeri hari ini.

“Di kesempatan ini, saya ingin menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada pasukan Perak FC yang telah pun berjaya menewaskan Sabah FC pada pertandingan peringkat suku akhir Piala Malaysia semalam.

“InsyaAllah pada bulan Oktober ini, pasukan Perak FC akan layak ke separuh akhir (Piala Malaysia) bertemu dengan Johor Darul Ta’zim (JDT),” katanya sebelum menjawab soalan daripada Mohamad Amin Roslan (Pas-Pengkalan Hulu).

Perak FC melakukan kejutan besar apabila mengatasi Sabah 1-0 dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak, malam tadi hasil jaringan tunggal Wan Zack Haikal untuk mara ke separuh akhir dengan agregat 3-2.

Sementara itu, selepas menghabiskan sesi soal jawab beliau, Khairudin bertemu dengan dua atlet boling padang negara yang merupakan anak Perak, Aleena Nawawi dan Izzat Shameer Dzulkeple bagi memberi sumbangan kepada mereka atas kejayaan dalam Kejohanan Boling Padang Dunia yang berlangsung di Gold Coast, Australia pada awal bulan ini.

Aleena yang berganding dengan Nur Ain Nabilah Tarmizi muncul juara kategori beregu wanita, manakala Izzat Shameer rakan sepasukan Idham Amin Ramlan merangkul gangsa dalam kategori beregu lelaki.

Ketika mengulas mengenai Belanjawan 2024, Khairudin mengharapkan Kementerian Belia dan Sukan dapat memberi perhatian kepada negeri Perak kerana melahirkan ramai ahli sukan yang membawa nama negara. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya