Dua remaja maut kemalangan dengan lori

Dua remaja maut kemalangan dengan lori

ANGGOTA bomba berusaha membawa keluar mayat mangsa yang masih berada di bawah lori yang terlibat kemalangan di Pasar Meludam, Saratok malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARATOK: Dua penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori di Pasar Meludam di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok telah dikejarkan ke lokasi kejadian sekitar pukul 8:10 malam tadi.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati dua mangsa yang merupakan penunggang motosikal terlibat dalam insiden berkenaan.

MANGSA yang meninggal dunia di lokasi kejadian berjaya dibawa keluar dan diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

“Seorang mangsa telah pun dibawa oleh ambulan ke Klinik Meludam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi, manakala seorang mangsa masih di bawah lori,” ujarnya.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa di bawah lori dengan menggunakan scoop stretcher.

“Bagaimana pun mangsa yang berjaya dikeluarkan dari bawah lori berkenaan telah meninggal dunia akibat kecederaan parah.

“Mangsa dikenali sebagai Peng Billy, 27 tahun dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang dikejarkan ke sebuah klinik dikenal pasti sebagaj Syahzuwan Abdul Rasid, 18 tahun. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di klinik berkenaan.

Dalam pada itu, pemandu lori yang terlibat kemalangan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN