ALOR SETAR: Pada usia yang masih muda, dua beradik iaitu Puteri Saidatul Nisa Mohamad Zamzury, 10, dan Puteri Izzatunnisa, 6, terpaksa menempuh dugaan berat apabila menderita penyakit kronik. Puteri Saidatul Nisa disahkan menghidap penyakit jantung ketika berusia enam bulan sementara adiknya, Puteri Izzatunnisa pula menderita kanser adrenal sejak tiga tahun lalu. Menurut ibu mereka, Nur Syazwani Ramli, 31, kedua-dua anak kesayangannya itu terpaksa menjalani rawatan susulan setiap bulan di Hospital…










