Dewan Rakyat: Prosiding PAC secara terbuka jangan dijadikan

Dewan Rakyat: Prosiding PAC secara terbuka jangan dijadikan amalan

MAS ERMIEYATI SAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul tidak mahu pelaksanaan prosiding secara terbuka dijadikan amalan buat masa ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Johari memberi peringatan itu setelah berbincang dengan PAC dan memutuskan bahawa prosiding jawatan kuasa itu akan diadakan secara tertutup buat masa ini.  

“Memang apabila dibincang, perkara ini tidak mahu dijadikan sebagai amalan, jadi, kami (PAC) akur (dengan keputusan speaker) dan buat masa ini (prosiding PAC diadakan) secara tertutup,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini. 

Ketika ditanya alasan Johari berhubung perkara itu, Mas Ermieyati berkata: “Yang itu kena tanya pihak di sana (Johari).

Terdahulu, Mas Ermieyati merancang membuat permohonan supaya prosiding PAC dapat dijalankan secara terbuka. 

Pada 8 Jun lalu, PAC berkata, gesaan supaya prosiding PAC supaya dijalankan secara terbuka dan disaksikan oleh orang awam berharap dapat direalisasikan seawal tahun depan. 

Ketika itu, katanya, Johari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Parlimen Ke-15 juga berkongsi harapan sama.

Segala keputusan terletak kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat selaku Pengerusi Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat untuk meminda Peraturan Mesyuarat 85, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Peraturan yang ditetapkan ketika ini memperuntukkan tidak membenarkan mesyuarat prosiding PAC dilakukan secara terbuka.

Sebelum pembubaran Parlimen ke-14, Pengerusi PAC disandang oleh bekas Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh yang pernah menggesa supaya PAC dijalankan secara terbuka seperti perbahasan di Parlimen yang boleh disaksikan semua pihak. 

Katanya, peraturan mesyuarat yang sedia ada tidak mewajibkan laporan-laporan berkenaan dibahas, dan kebanyakan masa laporan yang dibentang hanya sekadar dokumen yang diletak di atas meja ahli-ahli Parlimen malah tidak diberi perhatian lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya