Pendakwa raya kena jelaskan kepada orang ramai mengenai DNAA Ahmad Zahid

Bersih gesa pihak pendakwa raya jelaskan kepada orang ramai mengenai DNAA Ahmad Zahid

ahmad zahid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak pendakwaan bagi kes rasuah melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan Yayasan Akalbudi diminta menyemak semula bukti Pembebasan Tanpa Perlepasan (DNAA) dan kesemua 47 pertuduhan seterusnya membuat pertuduhan semula jika perlu.

Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berkata, keputusan melepaskan tanpa membebaskan Ahli Parlimen Badan Datok itu dianggap sebagai tidak boleh diterima susulan pihak pendakwaan telah berjaya mewujudkan kes prima facie.

“Jabatan Peguam Negara (AGC) juga mesti mendedahkan kemungkinan pertuduhan baharu atau arah penyiasatan baharu. Jika tiada rancangan untuk pertuduhan baharu, maka ini mungkin memberi laluan kepada Ahmad Zahid memohon perlepasan dalam tempoh beberapa bulan,” kata pertubuhan buka n kerajaan itu menerusi kenyataan hari ini

Ini ekoran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  melepaskan tanpa dibebaskan Ahmad Zahid daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar melepas tanpa membebaskan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu selepas selepas dimaklumkan AGC ingin memberhentikan semua prosiding.

Menurut Bersih, kes sama melibatkan bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Unit Perisikan Luar di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Allahyarham Datuk Hasanah Abdul Hamid yang mana Mahkamah Tinggi membenarkan pembebasan dan perlepasan penuh terhadap pertuduhan pecah amanah RM50 juta, setahun selepas DNAA beliau.

“Memandangkan iltizam antirasuah dan reformis Kerajaan Madani kini diragui berikutan keputusan ini, Bersih menggesa Perdana Menteri (Datuk Seri) Anwar Ibrahim untuk mengumumkan dalam masa seminggu pelan hala tuju dan garis masa yang jelas untuk pemisahan Pendakwaan Awam (PP) daripada AGC.

“Mengikut kedudukan sekarang, Peguam Negara ialah seorang lantikan politik yang menasihati kerajaan, memainkan dua peranan Pendakwa Raya (yang) memegang kuasa untuk memulakan atau menggugurkan tuduhan jenayah.

“Kuasa ini boleh disalahguna atau diperalatkan atas sebab politik. Pemisahan pendakwa raya dan peguam negara telah dianjurkan oleh Bersih dan kumpulan masyarakat sivil sekian lama,” ,” kata kenyataan itu.

Bersih juga mempersoalkan sama ada tindakan berkenaan sebagai ‘pendahuluan’ kepada pengguguran semua baki pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa akan datang.

Dengan itu, Bersih memberi amaran kepada Anwar bahawa sebarang penangguhan dalam reformasi institusi AGC boleh merosakkan kredibiliti Kerajaan Madani.

“Sehingga pemisahan ini dilakukan, AGC mesti mengelak daripada menarik balik pertuduhan dalam kes politik berprofil tinggi. Jika kes-kes itu lemah, biarlah hakim memutuskan perkara berkenaan, bukan pendakwa raya yang akhirnya di bawah kawalan Perdana Menteri.

“Rakyat Malaysia sudah muak melihat korelasi ini (iaitu) mereka yang kekal berkuasa selama-lamanya kekal tidak bersalah, manakala mereka yang kehilangan kuasa juga hilang rasa tidak bersalah.

“Permintaan untuk DNAA oleh Timbalan Pendakwaan Awam pada peringkat perbicaraan Ahmad Zahid mengukuhkan keperluan mendesak untuk memisahkan PP dan AG,” demikian menurut kenyataan itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya