Beri kuasa penuh kepada kerajaan negeri tangani miskin tegar

Beri kuasa penuh kepada kerajaan negeri tangani miskin tegar

ANIFAH Aman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan dicadang memberi kuasa secara langsung kepada kerajaan-kerajaan negeri bagi memastikan usaha menoktahkan kemiskinan tegar dapat dilakukan secara efektif dan sejajar bersama-sama.

Senator Dewan Negara, Datuk Seri Anifah Aman berkata, seharusnya kerajaan negeri yang lebih miskin diberi peruntukan lebih besar daripada peruntukan RM1.5 bilion.

Kata beliau, pengagihan perlu dilakukan secara adil berbanding pengagihan secara sama rata.

“Saya menaruh keyakinan bahawa, sekiranya kerajaan negeri diberi kuasa yang lebih luas dan peruntukan yang sepadan.

“Sabah dengan hala tuju ‘Sabah Maju Jaya’ di bawah kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor akan mampu menoktahkan kemiskinan tegar selaras dengan yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Dewan Rakyat meluluskan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM415 bilion.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan perkara itu selepas undian suara ahli Dewan Rakyat lebih ramai yang bersetuju.

Untuk rekod, RMK12 merupakan rancangan lima tahun (2021-2025) dibentang Kabinet terdahulu diterajui bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada September 2021 yang memperuntukkan sebanyak RM400 bilion untuk projek pembangunan sedia ada dan baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya