Belajar berlakon dengan guru Natalie Portman, Sarimah Ibrahim sedia tembusi Hollywood - Utusan Malaysia

Belajar berlakon dengan guru Natalie Portman, Sarimah Ibrahim sedia tembusi Hollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Enggan sekadar duduk dan menunggu tawaran, pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim mengambil inisiatif menyertai kelas lakonan bertaraf antarabangsa oleh Gerry Grennell.

Menurut Sarimah, 45, kelas tersebut dilakukan dua minggu sekali dan berlangsung secara dalam talian memandangkan Gerry Grennell kini berpangkalan di Ireland.

Sarimah mengambil keputusan tersebut kerana mempercayai kredibiliti Gerry yang memiliki rekod cemerlang melatih pemenang anugerah Oscar, Natalie Portman dan mendiang Heath Ledger yang terkenal dengan watak Joker.

“Ini inisiatif yang saya ambil sendiri untuk belajar lebih mendalam tentang kaedah lakonan.

“Target saya ialah untuk mendapat ejen di luar negara dan berharap ada yang memberikan tawaran dari sana (Hollywood). Siapa tahu saya boleh menjadi seperti Tan Sri Michelle Yeoh.

“Respons yang diberikan Gerry terhadap lakonan saya setakat ini sangat baik. Semestinya saya risau dengan prestasi saya, tapi dia memberi maklum balas yang positif dan menjelaskan di mana kemampuan saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ditanya berapa wang yang dikeluarkan untuk kelas bersama guru para pelakon Hollywood itu, Sarimah tersenyum.

“Untuk kelas ini, saya keluarkan bajet sendiri dan langsung tidak minta suami.

“Ini duit yang saya dapat daripada hasil kerja selama ini. Saya boleh katakan harganya mahal kerana dibayar dengan mata wang euro untuk setiap kelas,” jelasnya.

Sarimah turut mendedahkan ada menerima tawaran untuk menyertai ujibakat sebuah naskhah aksi sebuah filem luar negara.

“Baru-baru ini ada pengarah pilih watak (casting director) minta saya hantar video untuk satu filem aksi. Bengkak-bengkak badan saya sebab buat latihan. Saya nak fokus genre dramatik dan aksi.

“Saya mahir dalam karate. Kalau ada tawaran yang sesuai saya mahu berlakon, lagipula anak saya pun sudah besar sekarang.

“Selepas ini saya mahu kembali ke dunia lakon layar dengan memperbanyak program televisyen dan filem,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya