Baca buku atas pengaruh, sokongan keluarga - Utusan Malaysia

Baca buku atas pengaruh, sokongan keluarga

AFINA Azmil (kanan) dan Nur Hani Marizza Zulhelmi terpilih sebagai Tokoh Nilam Daerah Rembau dan akan bertanding di peringkat Negeri Sembilan bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Pengaruh dan soko­ngan keluarga memainkan pe­ranan penting buat dua orang murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tanjong, di sini yang terpilih sebagai Tokoh Nilam Daerah Rembau bagi ka­tegori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sekolah rendah.

Bagi Tokoh Nilam Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah (BISR), Afina Azmil, 11, seawal usianya lima tahun, dia sudah mula gemar membaca buku.

Ini selepas dia sering melihat bapanya, Azmil Azif, 39, yang membaca buku setiap kali ada masa terluang.

Menurutnya, hobi membaca buku berkenaan juga menyebabkan dia tidak gemar menghabiskan masa dengan bermain telefon pintar.

“Saya gemar baca buku ber­kenaan pengembaraan antaranya Wishing Spell yang ditulis oleh Chris Colfer. Buku tersebut banyak memberi ilham kepada saya untuk lebih kreatif dalam menyelesaikan apa jua perkara.

“Saya juga percaya, buku sangat relevan buat semua golongan lapisan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur mempelajari sesuatu perkara. Kalau tidak tahu pasal sains, mereka boleh membaca buku fiksyen sains,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di SK Kampung Tanjong di sini semalam.

Menurut Afina, dia sudah pun membaca kira-kira 700 buah buku dan minat membaca itu juga membantunya dalam menguasai Bahasa Inggeris.

Sementara itu bagi Tokoh Nilam Kategori Bahasa Me­layu Sekolah Rendah (BMSR), Nur Hani Marizza Zulhelmi, 11, pula, bapa saudaranya, Khairul Anuar Yahya, 43, yang merupakan seorang wartawan dan penulis banyak memberikannya hadiah berupa buku sejak kecil lagi.

Malah katanya, seawal usia lima tahun, dia sudah mula gemar membaca sebelum tidur dan kini gemar membaca buku-buku yang berkonsepkan falsafah.

“Saya mahu jadi peguam, jadi saya tidak boleh cepat berputus asa. Buku-buku banyak membantu menjadikan saya lebih berpengetahuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya