Anwar tekan kepentingan kekalkan keamanan, kestabilan ASEAN

Anwar tekan kepentingan kekalkan keamanan, kestabilan ASEAN

ANWAR IBRAHIM semasa dalam Sidang Kemuncak ASEAN-China Ke-26 di Jakarta, Indonesia. - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan mengekalkan keamanan dan kestabilan serta mengukuhkan multilateralisme yang terjalin selama ini.

Pada masa sama, Anwar berkata, beliau menyatakan keyakinan terhadap Penaiktarafan Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0 yang akan memperdalam integrasi ekonomi serantau.

“Saya menggesa kerjasama yang lebih kukuh dalam bidang pertanian bagi menangani krisis keselamatan makanan serta membangunkan sumber manusia dengan memupuk inovasi, teknologi dan pendidikan teknikal.

“Malaysia juga mengalu-alukan Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat ASEAN-China pada 2024 yang memberi ruang untuk terus memupuk persahabatan yang berdaya tahan dalam kalangan generasi masa depan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Perkara itu ditekankan Perdana Menteri dalam Sidang Kemuncak ASEAN-China Ke-26 di Jakarta, Indonesia yang sedang berlangsung hari ini.

Sidang Kemuncak itu turut disertai pemimpin negara ASEA dan Perdana Menteri China, Li Qiang.

Sidang Kemuncak yang diadakan sejak semalam dijadualkan berakhir esok adalah sebahagian daripada kepimpinan Indonesia sebagai Pengerusi Asean bertemakan ‘Asean Matters: Epicentrum of Growth’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN