AS, Israel didakwa rancang bunuh Ali Khamenei - Utusan Malaysia

AS, Israel didakwa rancang bunuh Ali Khamenei

ALI KHAMENEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Amerika Syarikat (AS) dan Israel didakwa menyediakan rancangan bagi membunuh pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei serta mencetuskan kekacauan dalaman negara itu.

Menurut amaran yang dikeluarkan oleh Menteri Perisikan Iran, Esmail Khatib, seperti dipetik agensi berita pelajar Iran, ISNA, Khamenei merupakan ‘tiang seri’ kepada struktur kenegaraan Iran.

“Justeru itu, musuh sentiasa berusaha menyasarkan beliau dan melancarkan tindakan yang boleh menggugat paksi perpaduan negara,” katanya.

Bagaimanapun, Khatib tidak menjelaskan sama ada kenyataannya merujuk kepada satu rancangan tertentu atau insiden khusus.

Pegawai Iran sering menuduh AS dan Israel merancang pelbagai konspirasi bagi melemahkan republik tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan ketika konflik serantau masih memuncak, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memberitahu AC News membunuh Khamenei tidak akan memburukkan keadaan, sebaliknya menamatkan konflik”.

Presiden AS, Donald Trump pula menyifatkan Khamenei sebagai “sasaran mudah”, namun menambah Washington “tidak akan membunuh beliau, sekurang-kurangnya buat masa ini”. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN