Anwar Ridhwan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP yang baharu

Anwar Ridhwan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sasterawan Negara Datuk Dr. Anwar Ridhwan  dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang baharu bermula 1 Ogos lalu .

DBP dalam kenyataannya berkata,pelantikan tersebut diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek 

Majlis penyerahan surat pelantikan kepada beliau diadakan di Kementerian Pendidikan dan dihadiri Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari.

Anwar dilahirkan pada 5 Ogos 1949 di Sungai Besar, Selangor dan menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar dan pendidikan menengah di Sekolah Ungku Aziz, Sabak Bernam dan Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur.

Beliau merupakan pemegang ijazah Doktor Falsafah Sastera dari Universiti Malaya  Ijazah Sarjana serta Sarjana Muda Sastera sarjana dari universiti yang sama 

Beliau merupakan sasterawan yang prolifik, berbakat besar dan berjaya dalam penulisan cerpen, novel, puisi dan skrip drama pentas dan  pada 2002 beliau telah menerima gelaran Datuk.

Pada tahun 2009, beliau telah dianugerahkan sebagai Anugerah Sasterawan Negara ke-10 pada tahun 2009.

 

 

Karya-karya Anwar

Cerpen

-Perjalanan Terakhir (1971)

-Dunia Adalah Sebuah Apartment” (1973)

-Sesudah Perang (1976) 

 

Jawatan pernah disandang: 

-Ahli Lembaga Pengarah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia sejak 2011 sehingga 2016

– Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT) 2011-2013 – Ahli Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)  2013 -2016 

-Panel Anugerah Sastera Negara mulai 2014-2017. 

-Pegawai penyelidik di DBP pada Mei 1973

-Sidang editor majalah Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya

-Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera.

-Pemangku Timbalan Ketua Pengarah dan bersara sebagai Pengarah di Jabatan Penerbitan DBP.  –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya