UMNO kini berada di persimpangan dilema antara kebangkitan dan kejatuhan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram walaupun Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon di kerusi itu. Dilema UMNO memastikan tiada pemberontakan dalaman akar umbi seperti didakwa Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad hanya akan terjawab selepas keputusan pilihan raya diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada malam, 9 September ini. Ini adalah kali pertama UMNO tidak…










