Ahli perniagaan mengaku tidak bersalah bunuh seorang lelaki

Ahli perniagaan mengaku tidak bersalah bunuh seorang lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki pada 4 September lalu.

Tertuduh, B. Bhalraj, 42, didakwa melakukan pertuduhan itu terhadap  E. Pramkanna, 43, di Jalan UPM Serdang, Sepang kira-kira 1.24 pagi.

Selepas pertuduhan dibacakan, tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Muhammad Bukhori kemudian menetapkan 31 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi  manakala tertuduh diwakili peguam bela, T. Mishant dan R. Harvind.

Media sebelum ini melaporkan, polis yang membuat rondaan menemukan dua orang lelaki dalam sebuah lori di mana salah seorangnya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dilaporkan berkata, mangsa kemudian di bawa ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang untuk menerima rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati, mangsa maut akibat kecederaan akibat hentakan benda tumpul di bahagian kepala.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan termasuk ditahan selama 12 hari mengikut Seksyen 25 (1) n PPN 1990 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal polis mendapati, suspek dan mangsa adalah rakan baik dan menetap di satu taman perumahan yang sama. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya