445 CCTV pantau banjir di Shah Alam - Utusan Malaysia

445 CCTV pantau banjir di Shah Alam

CCTV banjir
CHEREMI Tarman ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke-27 Tahun 2023 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menguatkuasakan 445 kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau peningkatan paras air sungai di kawasan dikenal pasti kerap berlaku banjir bagi membolehkan usaha menyelamat dilakukan secara efektif.

Menurut Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Cheremi Tarman, terdapat CCTV sedia ada dan akan ditambah di kawasan dikenal pasti seperti Seksyen 25 atau Taman Sri Muda, Seksyen 13, TTDI Jaya dan Setia Alam.

“445 kamera tersebut melibatkan CCTV statik dan mudah alih yang mana 50 daripadanya adalah CCTV program Bandar Selamat sumbangan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Bagi CCTV di kawasan hotspot, ia mempunyai dwi fungsi untuk memantau kenaikan aras air  sungai dan memantau kegiatan pembuangan sampah haram seperti di Sungai Kandis,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau menambah, selain penggunaan CCTV, MBSA turut menggerakkan Skuad Pantas yang bersedia 24 jam sehari bagi menghadapi sebarang bencana termasuk banjir menjelang musim tengkujuh.

“Kesemua pegawai dan kakitangan diarahkan bersiap sedia untuk  menghadapi kemungkinan berlaku banjir pada musim tersebut. Kita mempunyai  sembilan bot yang boleh digunakan untuk kerja-kerja menyelamatkan mangsa banjir,” ujarnya. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN