26 mangsa banjir kilat di Raub dibenarkan pulang

26 mangsa banjir kilat di Raub dibenarkan pulang

PUSAT pemindahan sementara (PPS) Dewan Simpang Kallang, Raub, yang menempatkan 26 mangsa banjir kilat sekitar daerah Raub telah ditutup sepenuhnya pada jam 12.30 petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 26 mangsa daripada enam keluarga yang dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Simpang Kallang, Raub, susulan kejadian banjir kilat di sekitar bandar Raub telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masinh pada jam 12.30 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub dalam kenyataannya berkata, semua mangsa telah ditempatkan di PPS berkenaan sejak jam 11.40 malam tadi. 

Difahamkan, banjir kilat terbabit adalah berpunca daripada hujan lebat yang berterusan selama dua jam di kawasan bandar Raub bermula kira-kira jam 8.40 malam.

“Faktor kejadian adalah berpunca daripada kejadian hujan lebat berterusan dan longkang tidak dapat menampung air hujan yang melimpah. 

“Justeru, kerja-kerja pemindahan mangsa telah dilakukan dan sebuah PPS telah dibuka,” katanya. 

Sebelum ini dalam kenyataan yang dibuat, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) segera membuat pemantauan berhubung kejadian selepas mendapat maklumat kira-kira jam 9.30 malam.

“Kerja-kerja pemindahan mangsa dilakukan selepas PPS di Dewan Simpang Kallang dibuka dengan bantuan pihak polis, bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan penduduk,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya