PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini menerima sebanyak 16 laporan polis berkaitan penganjuran Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Masjid Jamek, Kampung Baru, dekat sini, esok. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, kesemua laporan polis itu dibuat di seluruh negara susulan video tular mengenai sidang akhbar penganjuran himpunan itu yang diadakan di ibu negara, Ahad lalu. Pihaknya setakat ini…










