15 unit rumah kedai di Kampung Sungai Korok terbakar

15 unit rumah kedai di Kampung Sungai Korok terbakar

ANGGOTA bomba melakukan operasi memadam kebakaran di Kampung Sungai Korok, Jitra.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JITRA: Kira-kira 15 unit rumah kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Korok, di sini awal pagi ini.

Kejadian pada pukul 1.20 pagi itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Menurut seorang pemilik kedai runcit di situ, Mohd. Akram Mohd. Johari, 31, dia dimaklumkan tentang kebakaran itu oleh penduduk berhampiran yang datang ke rumahnya terletak berdekatan lokasi kejadian.

“Saya terus pergi ke sana, namun kedai sudah musnah terbakar. Semua barang niaga dalam kedai terbakar dan jumlah kerugian belum dapat dikenal pasti,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, kebanyakan rumah kedai di situ merupakan kediaman yang mana semua penduduk sempat keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

Sementara itu, Pegawai Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Bustan Karudin memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.25 pagi.

“Kebakaran melibatkan 15 pintu rumah kedai dan tindakan memadam kebakaran dilakukan secara defensive menggunakan lapan aliran dan 12 pancutan dari jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dan bomba sukarela dengan sumber air terbuka dari Sungai Korok.

“Api dapat dibendung pada pukul 3.20 pagi dan anggaran kemusnahan sebanyak 70 peratus bagi keseluruhan kawasan,” katanya.

Tambahnya, nilai kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya