YLTAT perluas inisiatif Spark untuk anak-anak ATM - Utusan Malaysia

YLTAT perluas inisiatif Spark untuk anak-anak ATM

MOHD. Nizar Sudin (tengah) beramah mesra bersama warga ATM semasa majlis Spark. UTUSAN/IHSAN/YLTAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 2,351 anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima manfaat daripada Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) yang melaksanakan langkah proaktif bagi merealisasikan aspirasi Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam membangunkan pendidikan.

YLTAT berkata, menerusi Skim Penabungan Anak-Anak ATM Rukun Kelima (Spark) sudah dijalankan hingga siri kedua dan diperluaskan kepada pelajar-pelajar pra sekolah.

“Setiap anak warga ATM darjah 1 hingga tingkatan 5 yang bersekolah di sekolah dalam kem akan menerima sumbangan RM50 sebagai dana permulaan pembukaan akaun Tabung Haji atau pengkreditan dana berkenaan ke akaun sedia ada mereka.

“Menerusi inisiatif yang dilihat mampu memberi manfaat berganda serta menjadi langkah pertama dalam memupuk budaya menabung,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Antara sekolah yang terlibat di Sabah ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Lok Kawi, SK Kem Kabota, SK Kem Tentera dan SK Pangkalan TLDM.

Manakala, di Sarawak pula ialah SK Riam Batu 2, SK Batu 10, SK Mej Jen Dato’ Ibrahim, SK Batu 15 dan SK Kem Pakit.

Turut hadir adalah Ketua Eksekutif YLTAT, Datuk Dr. Mohd Nizar Sudin diiringi Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak, Datin Nurlaila Said dan Pengarah TH Negeri Sarawak, Amat Kassim Pait yang beramah mesra bersama ibu bapa yang hadir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN