Yayasan Bank Rakyat tidak kompromi amalan rasuah

Yayasan Bank Rakyat tidak kompromi amalan rasuah

SYAIFUL Rizal Abdul Ghani (tiga dari kiri) bersama warga kerja YBR mengangkat Ikrar Bebas Rasuah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat sentiasa berwaspada dan tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti tidak bermoral melibatkan rasuah melalui wang ringgit, penyalahgunaan kuasa dan pemberian serta penerimaan hadiah.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, berdasarkan kajian skor ketelusan tertinggi yang dijalankan Wiki Impact, pihaknya telah disenaraikan sebagai salah satu daripada tujuh yayasan mendapat markah penuh dalam penilaian dijalankan melibatkan dalam kalangan 1,600 yayasan di Malaysia.

Sehubungan itu katanya, YBR bersama kakitangan melafazkan serta menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi menzahirkan prinsip tolak amalan rasuah di dalam organisasi.

“Inisiatif ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada warga kerja untuk mengamalkan budaya kerja yang baik, bebas rasuah, meningkatkan disiplin dan integriti serta sikap tanggungjawab dalam tugas yang diamanahkan.

“Majlis hari ini merupakan satu permulaan agar warga kerja YBR sentiasa berwaspada dan tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti tidak bermoral melibatkan rasuah melalui wang ringgit, penyalahgunaan kuasa serta pemberian dan penerimaan hadiah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, satu majlis melafazkan IBR telah diadakan bagi menzahirkan prinsip tolak amalan rasuah di dalam organisasi YBR yang berlangsung di Serambi Ilmu Rakyat, Menara Kembar Bank Rakyat di sini hari ini.

Sesi lafaz ikrar telah diketuai Syaiful Rizal dan disertai barisan pengurusan kanan YBR dengan disaksikan oleh Ketua Cawangan Kerajaan dan Agensi, Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Samsul Salip.

Pada majlis yang sama, sesi ceramah bertajuk ‘Isu Rasuah di Dalam Organisasi Yayasan’ telah berlangsung beserta dengan tayangan video montaj SPRM ‘Ikrar Bebas Rasuah’ untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada warga kerja YBR.

Di samping itu, YBR berbesar hati untuk bekerjasama SPRM bagi mengadakan program pendidikan melalui pendedahan mengenai amalan rasuah dalam kalangan pelajar sekolah, mahasiswa dan belia bagi mencetuskan kesedaran budaya membenci rasuah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya