PETALING JAYA: Seorang wanita yang sedang tidur dipercayai diperkosa secara bergilir-gilir oleh lima lelaki di kediamannya di Seksyen 2, Wangsa Maju, dekat sini semalam.
Kejadian malang pada kira-kira pukul 3.30 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 27 tahun sedang tidur di dalam biliknya dan tersedar apabila mulutnya ditutup dengan tangan oleh suspek yang juga dipercayai rakan kepada abang iparnya.
Menurut sumber, suspek turut bertindak mengikat tangan dan menutup mulut mangsa dengan pita pelekat sebelum mereka memperkosanya dan merakam perbuatan terkutuk itu.
Katanya, selepas memperkosa mangsa, mereka terus melarikan diri dan menyebabkannya cedera dan lebam di tangan.
“Trauma dengan kejadian itu, mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Jelasnya, suspek sedang dikesan selepas melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.- UTUSAN