PRN: Undi untuk Reezal Merican hanya untuk Reezal Merican - KJ - Utusan Malaysia

PRN: Undi untuk Reezal Merican hanya untuk Reezal Merican – KJ

KHAIRY Jamaluddin ketika turun membantu kempen Reezal Merican Naina Merican di pekan lama Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini. - PPic IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KEPALA BATAS: “Satu undi untuk Reezal Merican, adalah satu undi untuk Reezal Merican. Tak lebih daripada itu.”

Itu kata bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika turun berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di pekan lama Kepala Batas, hari ini.

Menurut Khairy, seperti yang dinyatakan ketika turun berkempen untuk calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Jeram, Datuk Harrison Hassan di Selangor, kelmarin, beliau berkempen untuk calon, bukannya parti.

“Saya datang ke Bertam ini pertamanya atas persahabatan saya dengan Datuk Seri Reezal. Beliau ‘bestfriend’ (kawan baik) saya dalam UMNO.

“Yang keduanya, saya datang sebab saya tahu dia (Reezal) boleh buat kerja. Dia pandai dan dia ada macam-macam pengalaman di peringkat tertinggi sama ada dalam parti atau kerajaan.

“Ketiganya, saya datang ke sini sebab Bertam adalah kampung Pak Lah (bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga bapa mentuanya). Reezal adalah pewaris perjuangan Pak Lah di sini (Bertam) sebab Pak Lah sudah jadi wakil rakyat di sini sejak tahun 70-an,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy mendakwa, beliau mengetahui ramai pengundi di Bertam enggan mengundi calon BN disebabkan faktor-faktor tertentu.

“Jadi, saya kata, ketepikan BN itu sekejap. Tengok Reezal (Merican). Satu undi untuk Reezal Merican adalah satu undi untuk Reezal Merican,” kata bekas menteri Kabinet itu lagi.

Dalam pada itu, beliau percaya BN berpeluang untuk membentuk kerajaan bersama DAP di Pulau Pinang andai calonnya berjaya memenangi kerusi yang dipertandingkan termasuk Reezal Merican.

“Kalau dari segi keadilannya, jika di Pulau Pinang ini PH (Pakatan Harapan) dan BN menang, mestilah ada tempat untuk BN dalam kerajaan negeri.

“Sebabnya, dari segi keadilan itu sendiri, ‘you’ (kamu) telah bergantung harap kepada jentera daripada BN itu sendiri,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya