UCSI tubuh IISDS terajui perbincangan diplomasi sains

UCSI tubuh IISDS terajui perbincangan diplomasi sains

ZAMBRY ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti swasta, UCSI mengambil inisiatif menubuhkan Institut Sains Diplomasi dan Kelestarian Antarabangsa (IISDS) bagi meletakkan institusi itu sebagai peneraju dalam diplomasi sains.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, penubuhan pusat kecemerlangan UCSI itu akan merancakkan lagi aktiviti dialog dan merangsang perbincangan dalam kalangan pakar, sarjana, penggubal dasar dan penyokongnya di seluruh dunia.

Katanya, segala perihal berkenaan dengan diplomasi dan kelestarian sains juga dapat dibincangkan semua pihak di mana ia selari dengan komitmen universiti untuk memajukan diplomasi sains dan kajian kelestarian.

“Penubuhan IISDS hendaklah menjadi platform untuk pertukaran intelektual dan dialog terbuka dalam kalangan pakar, sarjana, penggubal dasar dan peguam bela,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan IISDS berkenaan di Hotel Le Quadri, Kuala Lumpur  hari ini.

Tambah beliau, dalam era yang belum pernah berlaku sebelum ini seperti perubahan iklim, kemapanan dan pelbagai isu alam sekitar, landskap diplomasi global dilihat berkembang bagi memfokuskan kebimbangan berkenaan.

“IISDS berusaha untuk memangkin perbincangan dan kerjasama yang merentasi sempadan, menyatukan pendapat dan disiplin dalam usaha mencari penyelesaian yang konklusif.

“Penubuhan pusat itu bertujuan menjadi hab inovasi di mana diplomat muda Malaysia, pegawai kerajaan, pemimpin korporat dan pelajar menerima latihan dalam diplomasi sains dan kelestarian,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya