Tunjuk kertas undi berpangkah pada umun boleh disiasat -KPN

Tunjuk kertas undi berpangkah pada umum boleh disiasat -KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan menunjukkan kertas undi yang sudah dipangkah kepada umum adalah satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan akan dijalankan sekiranya ada pihak tampil membuat laporan polis terhadap individu yang berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, setakat pukul 6 tadi, belum ada mana-mana pihak tampil membuat laporan berhubung perkara itu.

“Sekiranya ada laporan polis, kita akan siasat. Buat masa ini, belum ada laporan (diterima) setakat pukul 6 petang tadi.

“Kalau ada laporan dia menunjukkan kertas undi yang sudah dipangkah, mungkin kesalahan yang kita boleh jeniskan di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu menentukan kerahsiaan dalam pengundian,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di  Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 apabila secara sengaja menayang kertas undi kepada petugas media.

Perbuatannya mengundang kritikan pengguna media sosial, yang berkongsi gambar Muhammad Sanusi mempamerkan pilihannya pada kertas undi berkenaan ketika gambarnya dirakam petugas media, sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak undi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN