Tok Guru Nik Aziz tidak pernah kafirkan UMNO - Utusan Malaysia

Tok Guru Nik Aziz tidak pernah kafirkan UMNO

Nik Aziz
NIK Omar Nik Abdul Aziz (tengah) beramah mesra dengan orang ramai selepas berucap pada Himpunan Jentera dan Penyokong Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) di Semarak, Pasir Puteh, Kelantan. - UTUSAN / YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Tok Guru Nik Aziz mendedahkan Allahyarham bapanya tidak pernah mengkafirkan semasa Islam yang tidak sependapat dengan beliau terutama orang UMNO.

Nik Omar berkata, seingat beliau perkataan itu tidak pernah keluar daripada mulut arwah bapanya.

Menurutnya, isu kafir-mengkafir keluar dari mulut orang lain dan bukannya Tok Guru. 

“Budaya mengkafirkan orang Islam tiada dalam ajaran agama. Sebab itulah ambo (saya) tekankan perkara ini budaya tidak mengkafirkan semasa Islam. Kita kena hormat, dalam agama (Islam) ia dipanggil fastabiqul khairat iaitu berlumba-lumba buat kebaikan.

“Antara berlumba buat kebaikan ialah urus negeri dan negara. Sebab itu lah Tok Guru (Nik Abdul Aziz) bawa pendekatan menerang…bukan menyerang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas berucap pda Himpunan Jentera dan Penyokong Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) di Semarak, di sini sebentar tadi.

Dalam perkembangan lain, Nik Omar memberitahu, tidak ada masalah sekiranya orang Islam yang tidak memangkah Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Katanya, tindakan itu tidak menjejaskan akidah sebagai seorang Islam.

“Cuma kita kena jaga hubungan dengan Allah. Walaupun lawan cuba mengkafirkan kita, namun kita jangan berbuat demikian.

“Kita pula kena rasa ihsan dengan mereka. Soal syurga atau neraka ditentukan oleh amalan dan ketakwaan kita. Takwa ini tidak melibatkan kelompok, ia melibatkan individu.

“Jika individu jaga hukum-hakam Allah, walaupun tidak terlibat dalam politik terserah kepada dia (Allah),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya