KLANG: Belajar membuat telur masin menerusi video di YouTube mendorong seorang bekas pekerja kilang nekad meninggalkan dunia pekerjaan dan menceburi perniagaan penjualan makanan itu sehingga mampu menjual 15,000 biji sehari. Menurut Nordin Hamid, 57, meskipun baru menceburi bidang tersebut, dia tidak menyangka telur masin mempunyai potensi yang lebih baik berbanding jangkaannya dan usaha dilakukan bersama isteri, Noorsham Abdullah, 59, kini menjadi sumber pendapatan mereka sekeluarga. “Faktor usia yang semakin meningkat…










