PORT DICKSON: Sebanyak 12 lot tapak untuk pengguna karavan atau campervan (van perkhemahan) disediakan di Pantai Batu 5 di sini bagi mereka yang mahu melakukan aktiviti perkhemahan. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Zamri Mohd. Esa berkata, kemudahan terbaharu untuk tarikan pelancong itu dijangka siap disediakan menjelang hujung tahun ini. Katanya, tapak campervan itu adalah di bawah kelolaan MPPD dan disediakan menerusi peruntukan kerajaan negeri. “Ketika ini ia sedang…










